Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: March 2011
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

TAZKIRAH SUBUH : UNTUKMU, UMAT MUHAMMAD S.A.W

"Selagi kita berpegang kepada Al Quran dan sunnah,
kita akan selamat di dunia dan akhirat..."
26 Rabi'ul Akhir 1432 H | 31 Mac 2011
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Umatku ini adalah umat yang dirahmati (dikasihani). Tidak ada azab bagi mereka di akhirat. Azabnya adalah di dunia, berupa fitnah-fitnah, gempa bumi, musibah-musibah, dan pembunuhan.” (Riwayat Thabrani melali Abu Musa r.a)

Umat Muhammad adalah yang dirahmat iaitu dikasihani Allah s.w.t. Mereka tidak dikenakan azab di akhirat nanti kerana mereka telah dikenakan azab di dunia. Namun umat yang dikasihani ini adalah umat yang patuh kepada perintah Allah dan Rasulnya, yang menjadikan Al-Quran dan sunnah itu sebagai panduan dan pegangan kehidupan seharian, baik dari segi ekonomi, politik, kemasyarakatan dan segalanya.

'JANGAN KEJUTKAN FITNAH YANG SEDANG TIDUR'

24 Rabi'ul Akhir 1432 H | 29 Mac 2011
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang. Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena orang zalim sebaliknya akan terkena sesiapa sahaja.

Katanya, fitnah apabila melanda dalam masyarakat adalah seperti malam gelap gelita dan sesiapa pun sudah tidak dapat membezakan siapa yang ada di hadapannya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib dalam majlis Solat Hajat dan Pidato Khas anjuran Pakatan Rakyat yang sedang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini.

YAKIN DENGAN JANJI ALLAH - TG PRESIDEN

"Untuk menang bukan mudah, perlukan pengorbanan.."
22 Rabi'ul Akhir 1432 H | 27 Mac 2011

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan para petugas parti supaya tidak gopoh di dalam perjuangan 
walaupun dilihat hampir untuk menempuh kemenangan.
“Para petugas dakwah ini juga mestilah yakin dengan janji Allah SWT, bahawa tugas yang sangat mulia ini akan dibayar dengan syurga Allah SWT,” ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau, dekat sini, hari ini.

CARI CALON LAIN - TUAN IBRAHIM

"Ramai lagi yang lebih layak.."
22 Rabi'ul Akhir 1432 H | 27 Mac 2011

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden parti Islam itu pada pemilihan Jun ini, di sebalik desas-desus mengatakan persaingan kemungkinan sengit.

Kata Tuan Ibrahim, beliau telah membuat keputusan yang jelas mengenai soal itu demi perpaduan dan masa depan yang lebih baik bagi PAS parti.

“Saya tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden dan keputusan itu dibuat setelah fikirkan bahawa PAS mempunyai kepimpinan yang ramai dan boleh menyumbang memperkuatkan parti dalam menghadapi cabaran serta bersaing dengan Barisan Nasional (BN). Cabaran PAS kini lebih besar dan keputusan yang saya buat ini adalah jelas,” katanya.

PEMUDA, AGEN PERUBAHAN

21 Rabi'ul Akhir 1432 H | 26 Mac 201


UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG DPPK KUALA KRAU, 26 APRIL 2011
OLEH : DATO' TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN, NAIB PRESIDEN PAS

Muktamar bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan perlembagaan parti, tetapi juga yang lebih utama adalah sebagai medan muhasabah bagi membangkitkan semangat jihad di dalam diri setiap pemuda. Imam Hassan Al-Banna telah menggariskan empat ciri yang menggambarkan pemuda yang sebenar:
  • Mempunyai semangat yang berkobar-kobar
  • Menyasarkan cita-cita yang tinggi, dan bersifat memandang ke hadapan
  • Melakukan gerak kerja secara bersungguh-sungguh
  • Memiliki masa depan yang panjang - untuk merealisasikan matlamat

SKANDAL VIDEO TELAH DIRANCANG?

18 Rabi'ul Akhir 1432 H | 23 Mac 2011


Datuk Johari Abdul
Keadilandaily.com

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

MENGAPA, KENAPA, BAGAIMANA, BILA???

16 Rabi'ul Akhir 1432 H | 21 Mac 2011

Beberapa kemusykilan dari skandal video yang heboh diperkatakan kini:
  • Adakah seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan nekad untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu negara..

  • Apakah kemungkinan bilik hotel itu pula mempunyai kemudahan rakaman yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut..

  • Mengapa tidak diserahkan video itu kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam dan pakar-pakar yang boleh memperakui kesahihannya..

  • Kenapa harus tunggu seminggu atas alasan memberi peluang kepada Anwar berundur secara terhormat..

  • Mengapa imej muka yang dipaparkan "menyerupai" Anwar tetapi bentuk tubuh dengan perut yang boroi meragukan..

  • Mengapa Menteri Dalam Negeri, Dato' Hishamuddin bingkas menafikan pembabitan polis walhal belum pun ada tuduhan sebegitu dibuat..
Mungkin Dato 'T' ada penjelasannya...

"BUKAN SAYA!" - DS ANWAR

16 Rabi'ul Akhir 1432 H | 21 Mac 2011

Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu.
"Saya bukan lelaki di dalam video itu!"
Tayangan tengahari tadi kelihatannya dirancang dengan penuh teliti.Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).
Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya.

Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya negeri Sarawak. Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. Maka tidak hairan lah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik.

ANWAR IBRAHIM

KETUA UMUM KEADILAN

KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

DNA ANWAR - HORMATI PERUNDANGAN NEGARA

"Campur tangan menteri menyebabkan
undang-undang tercemar dan tercabar."
16 Rabi'ul Akhir 1432 H | 21 Mac 2011

http://www.tvsnews.net/



Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan campur tangan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri yang turut serta mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau sebagai mencemar institusi undang-undang.


Dr Aziz ketika dihubungi Tv Selangor berkata, campur tangan menteri dalam perbicaraan kes fitnah ke atas Ketua Umum PKR yang sedang berlangsung kini, sebagai menunjukkan usaha berterusan kerajaan untuk menjatuhkan seteru politik mereka. 
 


"Nampak sangat mereka telah terdesak, sepatutnya sebagai individu yang faham undang-undang, menteri berkenaan tidak sepatutnya berbuat sedemikian kerana ia menganggu undang-undang sekaligus menyebabkan sistem undang-undang kita tercemar dan tercabar seolah-olah ia tidak berintegriti dan tidak mampu menangani masalah," katanya ketika diminta mengulas berhubung komentar Najib dan Rais Yatim berhubung kes Anwar.

HUKUM ALLAH DIPERSENDA

Kefardhuan menutup aurat datangnya dari Allah
15 Rabi'ul Akhir 1432 H | 20 Mac 2011

Oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari, SU Akhbar MB Kelantan (20 Mac 2011)


Saya merujuk kepada artikel yang tersiar di muka 10, akhbar New Straits Time bertarikh 19 Mac 2011 yang bertajuk Nik Aziz’s Outlandish Edicts (Fatwa Pelik Nik Aziz). Saya kira penulis artikel tersebut Azmi Anshar berniat jahat dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan sewaktu menulis artikel yang sebahagian besarnya mengandungi unsur-unsur prejudis terhadap Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Dari para pertama lagi, penulis menampakkan kedangkalannya apabila menyentuh berkenaan dengan gesaan YAB Tuan Guru supaya wanita Kelantan berpakaian sopan dan menutup aurat. Penulis menyifatkan gesaan ini sebagai 'seemingly denuded women of their long-held rights to dress, appear and behave as they always had in Malaysia' (kelihatan menafikan hak wanita selama ini yang bebas untuk berpakaian, muncul di khalayak dan menampilkan diri sebagaimana kebiasaan wanita di Malaysia).


Hairan sekali, apabila seorang penulis yang namanya mencerminkan dirinya sebagai seorang muslim boleh mempertikaikan apa yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu. Sedarkah penulis, bahawa pakaian menutup aurat bukannya difardhukan oleh Nik Aziz, apa lagi Muhammad SAW, bahkan ia merupakan kefardhuan daripada Allah SWT. Tidak malukah penulis sebagai seorang muslim mempertikaikan kata-kata Menteri Besar Kelantan itu dalam keadaan dirinya masih merupakan seorang yang bersyahadah; bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah?

ISU JUDI - MENGAPA PENGHARAMAN DITENTANG?

Judi menyebabkan manusia hanya
berserah kepada 'nasib'
12 Rabi'ul Akhir 1432 H | 17 Mac 2011

Sebagaimana semua pihak sedia maklum bahawa polisi pentadbiran kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 adalah berteraskan prinsip pentadbiran Islam. Dalam isu pengharaman premis judi dan perjudian haram, kerajaan negeri sedia melaksanakan pematuhan kepada ajaran Islam yang tidak membenarkan penganutnya berjudi atau terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan perjudian.

Begitu pula, sebelum pelaksanaan penguatkuasaan larangan premis judi dan aktiviti perjudian dibuat pihak kerajaan negeri turut mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak di luar kerajaan. Antaranya berunding dengan badan-badan NGO dan wakil-wakil dari semua agama seawal 1991. 

Hasilnya telah sepakat dan bersetuju dengan hujah bahawa perjudian wajar dilarang atas pendirian bersama bahawa perjudian memberi banyak keburukan daripada kebaikan dan mudaratnya sehingga boleh membawa seseorang itu menjadi  muflis, mengalami kerosakan dan kehancuran kerukunan rumah tangga.

TAZKIRAH - PESANAN ROH KEPADA MANUSIA

11 Rabi'ul Akhir 1432 H | 16 Mac 2011

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut."

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu:

"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh."


RADIOAKTIF NUKLEAR - TOKYO TERANCAM

11 Rabi'ul Akhir 1432 H | 16 Mac 2011

Letusan nuklear di Fukushima mencetuskan
panik penduduk Jepun dan seluruh dunia
TOKYO - Igauan tragedi letupan loji nuklear Chernobyl di Ukarine yang mengorbankan hampir 9,000 nyawa kembali menghantui rakyat Jepun selepas awan radioaktif kesan daripada siri letupan di stesen tenaga nuklear Fukushima, yang jaraknya 24 km dari Tokyo, dibimbangi akan sampai ke ibu negara Jepun itu, dalam tempoh beberapa jam, lapor sebuah akhbar semalam.
Amaran itu dikeluarkan selepas kerajaan Jepun semalam membuat pengumuman bahawa radiasi dari loji nuklear milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) itu kini merupakan ancaman terhadap nyawa manusia.

Tahap radiasi atau pencemaran radioaktif yang boleh menyebabkan kanser meningkat dengan mendadak di kawasan sekitar loji tersebut selepas reaktor No.4 terbakar semalam disyaki akibat satu letupan.


VIDEO KEMUSNAHAN MENGGERUNKAN DI JEPUN

10 Rabi'ul Akhir 1432 H | 15 Mac 2011










'ALTANTUYA AKAN DIHIDUPKAN' SEMULA

Masih banyak misteri yang belum terungkai..
9 Rabi'ul Akhir 1432 H | 14 Mac 2011

PKR akan menggerakkan jenteranya di seluruh negara dengan membangkitkan semula isu kontroversi sekitar kematian model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang didakwa sesetengah pihak melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Program itu dirancang sebagai tindak balas kepada demonstrasi bersama - antaranya melibatkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) - bagi mendesak 
Anwar menyerahkan sampel DNA kepada pihak pendakwaan di mahkamah.

"Ia akan digelar DNA sebagai singkatan untuk "Datuk Najib Altantuya, yang akan melibatkan ceramah dan pengedaran risalah," kata Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution dalam sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat di Parlimen. - malaysiakini

BICARA LIWAT - BERULANGKAH SKRIP 1998?

9 Rabi'ul Akhir 1432 H | 14 Mac 2011

UMNO berdemo tuntut DNA Anwar..
bagaimana pula dengan DNA Najib
dalam kes Altantuya?
Campur tangan politik dalam kes fitnah liwat 2, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah dengan cubaan pasukan pendakwaan memanipulasi peruntukan undang-undang untuk memaksa beliau memberikan sampel DNA, kata peguambela Karpal Singh.

Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden hari mendesak Hakim Zaibdin Mohamad Diah untuk mengarahkan Anwar memberi sampel darah untuk ujian DNA sungguhpun tidak ada undang-undang sedemikian, tambah Karpal.


Peguam veteran itu berkata Yusuf kini berusaha untuk "membina" semula kes terhadap Anwar menerusi ujian DNA setelah Pegawai Penyiasat Jude Pereira mengesahkan beliau memberi keterangan yang bercanggah dan mencurigakan.


"Memang kes ini dipolitikkan. Malah tidak syak lagi DPP (Yusof) telah digunakan dan dieksploitasi oleh ahli politik. Dia juga turut mahu tutup kes selepas pegawai penyiasat (Jude) memberi keterangan. Dia mengajukan perkara itu kepada mahkamah. Kami terkejut apabila dia kembali dan mahu membuat dua permohonan. Jadi sudah tentu ada seseorang yang wujud di tengah untuk bertujuan politik. Kes ini dieksploitasi oleh ahli politik," jelasnya.

PAS TETAP HARAMKAN JUDI

8 Rabi'ul Akhir 1432 H | 13 Mac 2011

"PAS sedia hadapi cabaran.."
Kerajaan PAS Kelantan tetap mempertahankan pendiriannya mengharamkan segala bentuk perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri tidak akan berganjak dengan keputusan itu kerana perjudian bagi setiap agama tidak pernah diterima oleh penganutnya.


Sehubungan itu, beliau menjemput Pengerusi DAP, Karpal Singh, untuk datang ke Kelantan dan melihat sendiri bagaimana sistem pemerintahan Islam yang diamalkan termasuk mengharamkan judi dapat menjamin kesejahteraan rakyat dan menghalang masalah sosial daripada berlaku.


Takiyuddin turut mempelawa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan ahli jawatankuasa pusat parti itu, Datuk Ti Lian Ker untuk berdialog berhubung pengharaman penjualan tiket loteri Big Sweep.

RARE EARTH @ GEBENG - RAKYAT KENA DULU, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN?

7 Rabi'ul Akhir 1432 H | 12 Mac 2011
KUALA LUMPUR, 11 Mac: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat khuatir dengan keputusan Kerajaan Negeri Pahang untuk meneruskan dengan cadangan kilang nadir bumi di Gebeng di sebalik hakikat bahawa kilang itu hanya menanti bencana untuk berlaku.
"Perlu dihentikan segera..."
Menurut SM Mohamed Idris (gambar), pada 2007, SAM dijemput oleh Kerajaan Terengganu untuk memberikan taklimat mengenai bahaya nadir bumi dan pengalaman SAM dalam menanganinya dengan pendedahan sisa radioaktif di Bukit Merah, Perak.
Berikutan itu, beliau yang juga Presiden CAP dan SAM berkata, projek itu telah ditolak oleh Kerajaan Terengganu.
Dalam tempoh tiga tahun lepas, katanya CAP dan SAM membantah dengan bersungguh-sunguh cadangan kilang nadir bumi memandangkan potensinya kepada kesan alam sekitar dan kesihatan awam daripada radioaktif dan sisa berbahaya yang dihasilkan olehnya.

GEMPA BUMI, TSUNAMI DI JEPUN

6 Rabi'ul Akhir 1432 H | 11 Mac 2011

Malaysia turut diberi amaran ancaman tsunami
Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. 
Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar. Sehingga kini 32 orang dilaporkan terkorban.


PROSES TANAH JARANG - PENJELASAN MB PAHANG DINANTI

5 Rabi'ul Akhir 1432 H | 10 Mac 2011

Pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, menurut laporan akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT).

Menurut beberapa pakar yang dipetik dalam laporan itu, kebimbangan mula timbul berhubung sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek itu beroperasi.


Jarak lebih 2,500 km diperlukan untuk
membawa tanah jarang ke Gebeng dari
Australia. Mengapa tidak proses di sana sahaja?
Pusat penapiasan bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp. Mereka akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal. Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980an.

NYT memetik pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan sebagai berkata kelulusan diberikan kepada projek Lynas selepas melalui penilaian oleh pelbagai agensi kerajaan. Katanya, bijih yang diimport dan sisa tanah itu akan mempunyai tahap radiasi yang rendah dan mampu dikendalikan dengan selamat.

Penjelasan MB
Pahang dinanti...





“Kami telah mempunyai pengalaman dan tiada sesiapa yang akan diberikan sebarang kebebasan,” kata Raja Adnan yang merujuk kepada Bukit Merah.


Namun bagi seorang pengamal perubatan dan ahli toksilogi, Dr Jayabalan A Thambyappa, yang pernah merawat beberapa pesakit di Bukit Merah, beliau kurang yakin dengan kenyataan itu.


“Perkataan 'rendah' adalah semata-mata persepsi - ia adalah karsinogen,” katanya kepada NYT.


Di sebalik kebimbangan itu, kerajaan Malaysia cukup cenderung agar pusat pemprsosesan Lynas itu dibina dan telah menawarkan taraf perintis selama 12 tahun. -
malaysiakini

KEMENANGAN SEBENAR DI SISI ALLAH

Dunia hanya sementara,
akhirat kekal abadi
4 Rabi'ul Akhir 1432 H | 9 Mac 2011

Apa sahaja perlawanan yang berlaku pastinya ada yang kalah dan ada yang menang. Di dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau 6 Mac yang lepas, PAS telah gagal untuk merebut kedua-dua kerusi tersebut daripada UMNO. Saya akur dengan kekalahan tersebut. Di mana-mana perlawanan sekalipun, pihak yang menang berhak untuk gembira dan pihak yang kalah berhak untuk kecewa dan bersedih. Tinggal lagi, berapa lamakah kegembiraan dan kekecewaan itu akan bertahan?

Sesiapa sahaja akan gembira jika menang. Seorang pelajar akan gembira jika mendapat keputusan yang cemerlang begitu juga seorang pencuri akan gembira jika berjaya melakukan jenayah mencuri harta benda orang lain hatta jika dapat membunuh mangsanya, itu lebih menggembirakan. Bahkan Allah SWT merakamkan bagaimana gembiranya orang-orang musyrikin yang memusuhi agamaNya ketika berada di dunia. Firman Allah SWT :

وَإِذَا انقَلَبُواْ إِلَى أَهْلِهِمُ انقَلَبُواْ فَكِهِينَ

Yang bermaksud : Dan apabila orang-orang yang berdosa itu kembali kepada pengikutnya, mereka kembali dengan gembira. – Surah al-Muthaffifin, ayat 31.

Demikianlah kegembiraan yang dinikmati oleh orang-orang yang berdosa ketika berada di dunia. Dan dukacita kegembiraan itu tidak sedikitpun menyelamatkan mereka apabila berada di akhirat kelak. Bahkan kegembiraan itu akan ditukar menjadi kehinaan yang amat dahsyat di hadapan Allah SWT.

MINDA MAZA - ISTILAH 'WANG PEMBAYAR CUKAI'

Kita bayar macam-macam cukai...
3 Rabi'ul Akhir 1432 H | 8 Mac 2011

Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar. Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.

Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka.

Maka di sini disebutkan beberapa perkara:

Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung. Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai.

Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.

Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar.

SUSUN STRATEGI YANG MANTAP

3 Rabi'ul Akhir 1432 H | 8 Mac 2011
Berbaloikah 'peleburan duit rakyat' yang dikeluarkan
dengan majoriti kemenangan BN?
Pensyarah Jabatan Kanan Pengajian Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah menyifatkan keputusan pilihanraya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau dan Merlimau hanyalah sebuah 'pesta di peringkat tempatan' yang tidak harus dibanggakan oleh Umno-BN.

Menurut beliau, pertambahan majoriti untuk kedua-dua kubu kuat BN itu adalah sesuatu yang lazim apabila jumlah pemilih baru yang didaftarkan juga meningkat berbanding 2008. Namun menurut beliau, senario itu sama sekali tidak memberikan petunjuk secara total berhubung trend pengundian rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.  

"Keputusan PRK bukan petunjuk untuk pilihan raya akan datang. Ia hanyalah sebuah pesta demokrasi di peringkat tempatan. Peningkatan undi BN sudah dijangka. Bagaimanapun, peratusan undi hampir sama dengan tahun sebelumnya dan tiada perbezaan ketara. Kemungkinan pengundi tempatan tidak menerima maklumat yang jelas dan bergantung kepada kempen sahaja. Mereka didorong situasi semasa," katanya.

SISTEM PILIHANRAYA MALAYSIA PERLU DIPULIHKAN

Penyokong fanatik akan kecewa,
tetapi 'pemain' lebih kecewa
2 Rabi'ul Akhir 1432 H | 7 Mac 2011

PRK Kerdau dan Merlimau baru selesai, dan keputusan baru diumumkan. Kesemua parti bertanding membuat pelbagai analisan dan kajian, kegagalan dan kejayaan yang akan menghasilkan pelbagai pandangan dan komentar. Lebih menarik golongan yang membuat analisa dari jarak jauh berdasarkan angka dan keputusan, tanpa bermandi peluh dalam merangka pendekatan  menghadapinya. Tentulah penyokong yang fanatik akan rasa kecewa, namun pemain yang bertungkus lumus tentu lebih kecewa.

Tulisan ini adalah hasil pengalaman diamanahkan sebagai Pengarah PRK Kerdau berhadapan dengan pelbagai kekalutan menghadapi kelemahan sistem pengurusan PRK dan kelemahan jentera dalaman parti. Soal dalaman parti adalah urusan dalaman yang akan diperbaiki. Tulisan ini bagi mengatasi beberapa kelemahan dalam sistem pengurusan Pilihanraya.

Cadangan penambahbaikan.

  1. Pegawai Pengurus Pilihanraya:
Biasanya Pegawai Pengurus PR diambil dikalangan pegawai Daerah sesuatu kawasan PR. Keadaan ini sebenarnya telah meletakkan pegawai tersebut dalam keadaan yang serba salah bagi mengambil tindakan terhadap parti yang memerintah, kerana beliau terpaksa membuat teguran kepada MB, atau Menteri yang dalam waktu yang sama adah bosnya. Keadaan serba salah ini menyebabkan sebarang pelanggaran peraturan PR gagal diatasi secara tegas oleh PP

Dicadangkan PP hendaklah dilantik dari pihak luar dari negeri yang diadakan Pilhanraya atau pihak yang berkecuali samada NGO atau Suruhanjaya yang bebas, contohnya daripada SUHAKAM. Bagi PRK  pula Pegawai Pengurus mestilah dikalangan SPR Pusat atau Badan Bebas. Keadaan ini akan lebih memberi keyakinan kepada PP untuk bertindak bilamana berlaku pelanggaran peraturan seperi penggunaan kemudahan awam, jentera kerajaan dan sebagainya.

BN KUAT, PAS LEMAH?

2 Rabi'ul Akhir 1432 H | 7 Mac 2011

Keputusan PRK DUN Kerdau telahpun diketahui, dan media telah melaporkan bagaimana BN meraikan kemenangan tersebut dengan penuh gaya.

PAS merakamkan ucapan tahniah kepada calon BN yang telah berjaya dan kini beliau menggalas amanah besar yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Semoga dengan kuasa yang ada beliau mampu melaksanakan amanah ini. Rakyat akan menilai hal ini dan peranannya yang tentunya berbeza dengan wakil rakyat yang bukan dari aliran agama.

Kekalahan PAS dalam PRK Kerdau sememangnya telah dijangka, kerana bukanlah sesuatu yang mudah untuk merampas kerusi yang telah dimenangi BN. Ditambah lagi dengan penggunaan jentera kerajaan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan bergaya di negeri PM. Hakikat ini dapat dilihat bilamana PM dan isteri turut sama berkempen dengan perisytiharan jutaan ringgit bakal diturunkan bagi kawasan DUN Kerdau.

MEDAN UJIAN PERSIAPAN PRU13

2 Rabi'ul Akhir 1432 H | 7 Mac 2011
Walaupun kalah, PAS dan Pakatan Rakyat tetap optimis mampu memenangi Dun Kerdau dalam Pilihan raya Umum ke-13 yang akan datang.
"PAS menganggap ruang kempen seminggu adalah taburan benih-benih untuk ia hidup subur pada masa akan datang, insya Allah," kata Pengarah Pilihan raya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, malam tadi.
Katanya, penyertaan PAS kali ini juga telah berjaya membongkar kelemahan pengurusan pentadbir dan pengabaian pembangunan di Kerdau.
"Felda juga menikmati duit SES yang dijanjikan sebanyak RM13,000, serta MPOB sebanyak RM4,000 dan berharap ia akan menjadi tuntutan semua Felda di seluruh negara," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

SEDIH HANYA SEMENTARA

1 Rabi'ul Akhir 1432 H | 6 Mac 2011

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, parti itu tewas dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau disebabkan peningkatan jumlah para pemilih dan peratusan keluar mengundi yang agak tinggi kali ini.

"Bagaimanapun daripada sudut jumlah undi di tiga kawasan Felda, berlaku peningkatan undi," katanya dalam sidang media di markaz PAS di Kerdau malam ini selepas keputusan rasmi diumumkan.

Ditanya sama ada keputusan hari ini menunjukkan PAS kehilangan undi Melayu, Tuan Ibrahim menafikannya kerana Kerdau merupakan kubu kuat BN.

"Dengan segala jenteranya, agak sukar bagi kita. Bagi saya ini cuma kemerosotan kecil," katanya lagi.


FITNAH TANAH - TINDAKAN SAMAN DIPERTIMBANGKAN

1 Rabi'ul Akhir 1432 H | 6 Mac 2011
Para pemimpin dan media Umno terbukti berbohong ketika mereka memfitnah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membeli tanah peneroka Felda kerana ianya sebenarnya dibeli oleh pihak lain.
Ia sebenarnya dibeli oleh Ibrahim bin Osman, yang hanya meminjam duit dari Tuan Ibrahim dan kini tanah itu dicagarkan oleh Ibrahim kepada MARA untuk satu pinjaman lain.

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya. Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya  bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu.


MELAYU PERLU BERUBAH

"UMNO bukan segala-galanya..."
30 Rabi'ul Awal 1432 H | 5 Mac 2011

"Ubahlah kepercayaan kita daripada mempercayai hanya UMNO sahaja yang boleh memerintah dan membawa pembangunan, kepada memberi kepercayaan kepada PAS dan Pakatan Rakyat yang juga boleh memerintah dan membawa pembangunan kepada agama, bangsa dan tanah air.

Ini kerana parti Islam PAS sudah lebih 20 tahun memerintah dan membangunkan rakyat dan negeri Kelantan. Dan kini kejayaan itu turut berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor."

BUKAN 'STANDARD' PAS UNTUK HASILKAN BAHAN KEMPEN SEKEJI INI

30 Rabi'ul Awal 1432 H | 5 Mac 2011

Fitnah asam garam kehidupan UMNO-BN!
MELUCUKAN DAN MEMPERBODOHKAN DIRI SENDIRI!!!

Tiada cetakan nama penerbit bukti kerja UMNO-BN
Mungkin itulah perkataan yang paling lembut boleh digunakan untuk menggambarkan betapa tidak cerdiknya kempen UMNO-BN di PRK Kerdau kali ini. Isu undi masuk PAS bukanlah dijaja oleh kepimpinan parti PAS malahan para penyokong parti juga tidak sesekali akan mengeluarkan fatwa sedemikian.

Adakah pencacai kempen UMNO-BN tidak belajar untuk membuat poster dengan lebih elok lagi? Sekadar menggunakan perisian 'Microsoft Word' untuk menghasilkan bahan kempen, itu bukanlah taraf PAS sebenarnya! 'Standard' petugas parti untuk menghasilkan bahan kempen akan menggunakan perisian yang lebih canggih seperti Adobe Photoshop dan Ilustrator. Bukan untuk membangga diri, tetapi fitnah UMNO-BN ini perlu ditunjukkan kebenarannya. Dan perlu diingat, setiap bahan yang dikeluarkan oleh PAS akan diletakkan juga nama 'Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang' sebagai penerbit rasmi.

Kenyataan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom lebih menyerabutkan keadaan: "Tindakan pemimpin PAS yang mengatakan sokongan kepada mereka akan dijanjikan syurga sebaliknya jika menyokong BN, pengundi akan berhadapan balasan perlu dihentikan."


Persoalannya siapakah pemimpin PAS tersebut? Di manakah fatwa tersebut dikeluarkan? Apakah ada bukti-bukti bertulis atau video untuk memperakuinya?


Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah organisasi yang mempunyai autoriti untuk menghakiminya. Jangan terus biarkan UMNO-BN meracuni pemikiran rakyat, dan lebih bimbang akan menggugat aqidah umat Islam seluruhnya. Bertindak segera sebelum terlambat kerana sudah ada pun pengundi yang bercakap 'lebih rela masuk neraka daripada mengundi PAS!'

BERI DUIT SES TANPA SYARAT

30 Rabi'ul Awal 1432 H | 5 Mac 2011
"Hak peneroka jangan dinafikan."
Wang skim bantuan tanam semula getah (SES) yang berjumlah RM13,000 adalah hak peneroka tanpa perlu diletakkan sebarang syarat.

Sebaliknya Felda telah memberi tiga pilihan kepada peneroka yang membabitkan wang bayaran tanam semula setiap peneroka, iaitu:
  • Peneroka boleh mengambil RM 13,000.00 tetapi perlu membayar balik RM650 sebulan sehingga selesai hutang proses tanam semula ladang mereka

  • Peneroka menerima RM 6,500.00 (50%) tetapi perlu membayar semula RM500 sebulan sehingga selesai hutang

  • Peneroka tidak mengambil langsung wang tersebut dan hanya perlu membayar RM400 sebulan 
Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, tindakan Perdana Menteri yang meletakkan syarat-syarat tersebut adalah tidak adil.
Wang itu kata Mazlan seharusnya diberikan kepada peneroka, tanpa perlu menuntut sebarang bayaran balik kerana ianya sememangnya hak mereka.
"ANAK menyokong ketegasan peneroka dalam isu wang SES sebanyak RM13,000.00 yang kononnya mahu dibayar Isnin ini. Oleh kerana wang itu wang peneroka, peneroka boleh mengambilnya tanpa syarat. Ertinya, ambil RM13000 tapi tak perlu bayar balik RM650 sebulan," katanya.

"Jangan sesekali menandatangani apa-apa perjanjian berkaitan pembayaran semula wang tersebut!" tegas beliau lagi.

'KENAIKAN HARGA MINYAK TIDAK JEJASKAN RAKYAT'

'Indah khabar dari rupa'...
29 Rabi'ul Awal 1432 H | 4 Mac 2011

KUALA LUMPUR: “Harga minyak naik, harga barang pun naik, susah peniaga nak cari makan,” keluh peniaga burger, Asraf Ahmad, 24 berikutan kenaikan beberapa harga barang yang memberikan kesan kepada perniagaan yang diusahakannya di sini. Katanya, harga sedozen roti burger yang dibelinya sebelum ini RM9, namun baru-baru ini ia naik sehingga RM12.80 sedozen.

“Selain itu, harga sos, mayonis dan kicap turut mengalami kenaikan,” katanya.


Sementara itu, tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan di sini mendapati beberapa barang kegunaan harian mengalami kenaikan harga, malah ada beberapa barang makanan utama mengalami peningkatan harga sehingga menyebabkan peniaga serba salah untuk menaikkan harga. 
Kenaikan itu dakwa mereka kerana harga ditawarkan pemborong amat tinggi berbanding harga sebelumnya.

“Payah sebab kami nak jaga pelanggan, tapi harga daging naik pula,” kata Kamarulzaman Ghazali, 55, yang kini berada dalam dilema untuk menaikkan harga daging dalam pasaran.

SIAPA CAKAP UMNO KAFIR?

Hanya tinggalkan soalan untuk dijawab
28 Rabi'ul Awal 1432 H | 3 Mac 2011

"Boleh jadi dia marah ini kerana dia fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu je yang agamanya, sedangkan agama ni menyeluruh, sempurna. Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ni?"

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Utusan Malaysia, 18 Februari 2011



'Screen shot'dari blog Tun Mahathir:


BUKTI MENGKAFIR UMNO


|  | Comments (213) | TrackBacks (0)
Bookmark and Share
"Tun seorang yang bijak..." - TGNA
1. Dalam Utusan Malaysia 18hb Februari, 2011, Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir UMNO.

2. Allah Maha Kaya.

3. Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini". Jadi nasionalis UMNO di dakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan dia bertanya, "apa nama kerja ini". Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir. 






Isu kafir mengkafir timbul lagi. Sudah pasti PAS akan menjadi mangsa keadaan. Dan dalam situasi PRK Kerdau dan Merlimau, dan lebih-lebih lagi menjelang PRU13, permainan politik ini diputar sekali lagi. 

Media UMNO menjadikan pandangan 'ulama' mereka, Tun Mahathir sebagai hujah yang membuktikan Tuan Guru Nik Aziz lah yang mengkafirkan UMNO. Tetapi jika dilihat, tiada perkataan kafir pun yang dilontarkan oleh Tuan Guru sepertimana di dalam Utusan Malaysia, 18 Februari 2011. Ianya lebih berkisar kepada persoalan "tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini?"

Jadi Tun Mahathir pun menjawab lah soalan tersebut:
  • Tolak agama ambil nasionalis = UMNO
  • Apa nama kerja ini? = Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh UMNO kafir!
Bukankah jelas di sini siapa yang sebenarnya yang bercakap UMNO itu kafir? Tuan Guru hanya meninggalkan soalan untuk dijawab, tetapi ............................................. lah yang menyimpulkan UMNO KAFIR!

Memang benar kata Tun, Allah Maha Kaya.....Wallahua'lam....