Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: BERSIH 2.0 - SUHAKAM PERLU BUKTI UNTUK SIASATAN AWAM
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

BERSIH 2.0 - SUHAKAM PERLU BUKTI UNTUK SIASATAN AWAM

21 Sya'ban 1432 H | 22 Julai 2011

malaysiakini.com

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta orang awam menyerahkan bukti dan maklumat berhubung dakwaan, antaranya, penggunaan kekerasan yang melampau oleh pihak berkuasa sebelum dan semasa perhimpunan 9 Julai.

Ia ekoran keputusan suruhanjaya itu untuk mengadakan Siasatan Awam berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan tersebut.


Panel siasatan akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.


Dalam satu kenyataan hari ini, Suhakam berkata orang awam yang menyaksi perbuatan atau insiden dakwaan tersebut, atau mereka yang boleh memberi maklumat, dokumen serta bukti, termasuk rakaman video/gambar, diminta menghubungi suruhanjaya dengan segera. 
Tarikh akhir untuk mereka berbuat demikian ialah 2 Ogos 2011.

Untuk pertanyaan dan penyerahan awam, orang awam boleh menghubungi:
Ameer Izyanif Hamzah atau Encik Shahizad Sulaiman
Suhakam, Aras 13, Menara TH Perdana, 50250 Jalan Sultan Ismail 
Tel: 03-2612 5669 /5623; Faks: 03 2612 5620 / 5694
Emel: complaints@suhakam.org.my/humanrights@suhakam.org.my

0 comments:

Post a Comment