Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: SISTEM BIOMETRIK TIDAK SELESAIKAN MASALAH
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

SISTEM BIOMETRIK TIDAK SELESAIKAN MASALAH


24 Sya'ban 1432 H | 25 Julai 2011

KUALA LUMPUR, 25 Julai : Kerajaan silap apabila menyifatkan langkahnya memperkenalkan sistem biometrik boleh meredakan kebimbangan terhahap ketelusan pilihan raya kerana sistem ini menambahkan lagi kebimbangan rakyat.

"Sistem biometrik hanya diketahui oleh pegawai dan tidak diketahui oleh rakyat dan petugas. Ini menyebabkan ia tidak telus kerana masalah sebenar pengundian adalah apabila ia tidak telus," kata Dr Dzulkefli Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor.


Sistem ini akan disambungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesahkan status seseorang pengundi. 
Persoalan sistem ini menjadi hangat kerana hilangnya keyakinan rakyat terhadap ketelusan dan kewibawaan SPR. Ini kerana, pelbagai maklumat tersebar kononnya beberapa pemimpin kanan SPR dilantik khas oleh pemimpin kerajaan untuk mempastikan kemenangan BN.


Namun, kata beliau
, penyelesaian yang diberikan kerajaan BN ini seumpama mahu menggunakan 'missile', bagi membunuh seorang 'bandit' .


"Ia tentu berbelanja besar dalam masa yang suntuk kerana TPM, Tan Sri Muhyidin telah mengumumkan pilihan raya sudah tidak beberapa bulan saja lagi," katanya.


Beliau yakin, sebagaimana pembelian dakwat sebelum ini, projek 'biometrik' akan tinggal cadangan sahaja.


"Jika ia hendak dilaksanakan juga, kerajaan akan hadapi masalah belanja yang besar, latihan, keyakinan rakyat dan sebagainya.


"Mengapa takut sangat dengan penggunaan dakwat kekal sedangkan ia terbukti berjaya di negara yang paling lama demokrasinya di dunia sebelah sini iaitu India.


"Cara ini mudah dan telus kepada rakyat kerana isu sebenar adalah ketelusan. Guna biometrik hanya akan dapat ditentusahkan oleh pegawai bertugas sahaja berbanding dakwat kekal yang boleh disaksi oleh semua yang berada dalam tempat mengundi," kata beliau lagi.


Beliau tidak dapat membayangkan kerumitan yang bakal berlaku di hari mengundi nanti jika sistem biometrik diperkenalkan dalam keadaan tanpa latihan yang cukup kepada pegawai dan kefahaman yang jelas dari rakyat. - harakahdaily

0 comments:

Post a Comment