Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: MENGAPA HALANG BUKAN ISLAM BELAJAR ISLAM?
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

MENGAPA HALANG BUKAN ISLAM BELAJAR ISLAM?

13 Sya'ban 1432 H | 14 Julai 2011

KUALA TERENGGANU, 14 Julai: Tindakan seorang Adun BN di Selangor yang mempertikaikan tindakan salah seorang Adun DAP yang membaca hadis mengundang reaksi Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.

“Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily.


Tambahnya, mempelajari tentang Al-Quran dan al-Hadis merupakan suatu tuntutan yang bukan sahaja terpaksa digalas oleh seluruh umat Islam tetapi juga turut digalakkan ke atas orang yang bukan Islam. I
ni kerana Al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan untuk kesejahteraan sekalian manusia.


Berdasarkan laporan, Adun Umno itu dipetik berkata: 'Saya ingin bertanya kenapa beliau bercakap soal Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada Islam. Kami orang Islam pun tidak berani berhujah kerana takut terpesong daripada maksud hadis'.


“Bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam? 
Sekiranya ada kesilapan dalam kefahaman, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam membimbing dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang tidak ‘mesra’  yang akhirnya mereka lari daripada memahami ajaran Islam,” jelas Ustaz Harun yang juga Adun Manir.

Beliau menjelaskan, PAS bersikap ‘menerang dan bukannya menyerang’. 
Justeru, katanya Umno wajib sedar bahawa Al-Quran dan hadis adalah sumber hukum.

“Jika Umno benar-benar ikhlas cintakan al-Quran dan hadis, maka sokonglah agenda Islam yang dibawa oleh PAS,” katanya.

0 comments:

Post a Comment