Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: ISU SCORPENE - PENYELEWENGAN TERUS DIBONGKAR
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

ISU SCORPENE - PENYELEWENGAN TERUS DIBONGKAR

15 Sya'ban 1432 H | 16 Julai 2011

KUALA LUMPUR 16 JULAI : Isu pembelian kapal selam Scopene di bawah teraju Datuk Seri Najib Tun Razak dikejutkan dengan pendedahan terbaru bahawa pegawai-pegawai kanan kerajaan disogok dengan komisyen yang jauh lebih besar daripada jumlah yang terbongkar sebelum ini.

Seorang peguam dari Perancis akan memberikan butiran lebih lengkap mengenai sogokan itu dalam sesi penerangan di Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bermula minggu depan, kata jurucakap Suaram Cynthia Gabriel.  

Beliau berkata peguam William Bourdon akan memberitahu hasil siasatan beliau ke atas pembelian dua kapal selam itu dari Peranchis pada tahun 2002 yang turut dikaitkan dengan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Sharibuu.

Sebelum ini,  syarikat Perimekar yang dikendalikan oleh Abdul Razak Baginda, penasihat   kepada Najib ketika itu, dilaporkan menerima komisyen 'atas angin' sebanyak RM540 juta ringgit daripada syarikat DCNS berpangkalan di Paris. 

Gabriel berkata bukti-bukti terbaru yang dikumpul oleh pasukan penyiasat di Peranchis menunjukkan pembayaran komisyen yang jauh lebih besar daripada apa yang dibayar kepada Perimekar.

"Kami terkejut untuk mengetahui bahawa wujud lebih banyak pembayaran komisyen kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan di negara ini,” tambah beliau.

Pembayaran komisyen adalah dilarang di bawah undang-undang Peranchis. Suaram menerusi peguam-peguam di negara itu telah menyerahkan bukti-bukti yang ada kepada pendakwaraya untuk memulakan siasatan. - tvnews.net

0 comments:

Post a Comment