Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: TAMPIL KEMUKA BUKTI, PR TIMBANG TINDAKAN UNDANG-UNDANG
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

TAMPIL KEMUKA BUKTI, PR TIMBANG TINDAKAN UNDANG-UNDANG

10 Sya'ban 1432 H | 11 Julai 2011

Pakatan Rakyat mahu mangsa dan saksi dakwaan keganasan polis sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, tampil mengemukakan maklumat mengenainya.


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, pakatan pembangkang 
sedang mengumpul bukti sebanyak yang boleh untuk kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis dan menggesa sesiapa yang mempunyai bukti yang telah didokumenkan supaya menghantarnya sama ada terus kepada sekretariat BERSIH 2.0 atau parti anggota Pakatan.

Azmin berkata, kali ini, pihak polis tidak akan terlepas dan
 tidak dapat lari daripada fakta tersebut, walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berulangkali menafikan polis telah melepaskan gas pemedih mata secara sewenang-wenangnya, dan bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan tersebut.

Menyifatkannya sebagai satu sindrom penafian yang diwarisi dari Umno, Azmin berkata, pihak polis tidak boleh bersembunyi daripada fakta yang telah didokumenkan dalam telefon bimbit dan di YouTube serta video dalam talian. M
ereka juga mempunyai bukti di media antarabangsa, termasuk Al-Jazeera yang melaporkan kehadiran 120,000 orang manakala BBC melaporkan 100,000 orang, begitu juga Perbadanan Penyiaran Australia.

Hanya 
Utusan MalaysiaTV3 dan ketua polis negara melaporkan kehadiran peserta himpunan hanya 6,000 orang sahaja. - malaysiakini

0 comments:

Post a Comment