Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: PENSYARAH UNDANG-UNDANG BIDAS KUASA MENTERI
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

PENSYARAH UNDANG-UNDANG BIDAS KUASA MENTERI

28 Sya'ban 1432 H | 29 Julai 2011
Professor Shad Saleem Faruqi, pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menegaskan Menteri Dalam Negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.

"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan,” katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Shad Saleem mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai.


Cadangannya adalah supaya lembaga penasihat sekarang yang dipertanggungjawab menyemak semua 
keputusan menteri bagi penahanan tanpa bicara ditukar menjadi “lembaga keselamatan khas”, dan sebarang keputusannya mesti dipatuhi oleh menteri.


Akta ISA...anak menagih kasih si ayah
yang ditahan tanpa bicara
Buat masa ini lembaga penasihat hanya boleh memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, sementara kerajaan boleh dan dalam beberapa kejadian sebelum ini telah bertindak tidak mengikut nasihat berkenaan.

Menurut Shad Saleem, lembaga keselamatan khas itu juga perlu mempunyai akses kepada maklumat berhubung sebarang penahanan yang sekarang dirahsiakan oleh kementerian dalam negeri.


Katanya, situasi sekarang di mana pihak polis dan menteri bertindak dalam pelbagai peranan seperti penuduh, penyiasat dan juga pengadil adalah “tidak betul”. - malaysiakini

0 comments:

Post a Comment