Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: KDN 'KOTORKAN' BERSIH 2.0
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

KDN 'KOTORKAN' BERSIH 2.0

Tuntutan BERSIH ikut perlembagaan
1 Sya'ban 1432 H | 2 Julai 2011

KUALA LUMPUR, 2 Julai — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mencabar Putrajaya membuktikan propaganda yang didakwa dilakukan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sehingga ia diisytihar pertubuhan haram.


Beliau yang agak terkejut dengan tindakan drastik Kementerian Dalam Negeri melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia menegaskan dakwaan yang dilemparkan terhadap Bersih adalah satu usaha untuk menghalang rakyat menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Menurut Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa semalam.

Tegas Salahuddin, dakwaan kononnya Bersih terlibat dengan propaganda yang mengancam keselamatan negara adalah tidak benar sama sekali.


“Sepatutnya tuntutan Bersih ini dikaji dahulu kerana Bersih tidak melakukan sebarang propaganda dan 
apa yang dituntut oleh Bersih tidak keluar daripada kerangka Perlembagaan Persekutuan...jadi saya cabar agar buktikan propaganda yang mengatakan Bersih ini melakukan perkara yang memberi ancaman kepada negara,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, tuduhan yang dilemparkan terhadap Bersih yang diketuai Datuk Ambiga Sreenevasan adalah fitnah semata-mata.


“Apa yang mengatakan Bersih bertentangan dengan undang-undang? Propaganda yang dilemparkan ini hanya fitnah semata-mata, malah kita pernah membawa perkara ini di Parlimen, jadi ia tiada masalah.


“Ia sengaja diwujudkan untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 2.0 dan ia adalah usaha terdesak yang dilakukan Umno-BN,” katanya. - themalaysianinsider

0 comments:

Post a Comment