Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: BERSIH 2.0 - VIDEO POLIS TAYANGAN TERPILIH
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

BERSIH 2.0 - VIDEO POLIS TAYANGAN TERPILIH

21 Sya'ban 1432 H | 22 Julai 2011  

SHAH ALAM 21 JULAI : Di sebalik pengakuan polis bahawa meriam air dipancutkan ke kawasan Hospital Tung Shin, polis hakikatnya tidak menjawab secara keseluruhan tentang keganasan yang dilakukan terhadap ribuan peserta Himpunan Bersih 9 Julai lalu.

Selain puluhan malah mungkin ratusan video yang didedahkan di internet, malah paling penting ribuan saksi yang melihat keganasan polis pada 9 Julai lalu, polis ironinya terus bertindak menafikan dengan menyajikan rakyat rakaman video terpilih, kata peguam hak asasi manusia, N Surendran.


"Polis menggunakan rakaman yang terpilih. Tidak menunjukkan keseluruhannya sedangkan kita telah menunjukkan banyak video tentang berlaku banyaknya keganasan.


Mereka seolah-olah berpura-pura bahawa tidak ada isu. Walhal sebenarnya banyak keterangan dan isu telah dibawa tetapi tidak dijawab," tegas beliau.


Tayangan tersebut tidak mampu menjelaskan beberapa perkara besar:

  • Apa jawapan polis tentang kecederaan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, ke atas pengawal peribadi Anwar, dan ramai yang berada di dalam terowong termasuk Datuk Seri Anwar?

  • Apa jawapan polis tentang tembakan 12 das di terowong KL Sentral?

  • Bagaimana kes Mohamad Sabu, dan kes kematian Baharuddin?

  • Bagaimana pula kes orang ramai yang dipukul dan dikasari oleh pihak polis?

  • Bagaimana rakaman daripada Al-Jazeera yang menunjukkan pihak polis menyepak mereka yang berhimpun secara aman?
"Tidak ada jawapan untuk semua ini!" kata Surendran. 

Dalam insiden 9 Julai lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia menyertai himpunan aman menuntut pilihan raya yang adil walaupun terpaksa meredah pancutan air kimia dan tembakan gas pemedih mata polis.


Dunia hari itu menyaksikan Malaysia mencatat sejarah apabila menahan lebih 1,600 rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman di ibu negara.


SUHAKAM sebelum ini memutuskan akan mengadakan inkuiri awam menyiasat dakwaan keganasan polis bulan depan.


Menurut Naib Pengerusi SUHAKAM, pihaknya yang turut menghantar pasukan pemantaunya ketika perhimpunan Bersih 2.0 juga akan bergantung pada maklumat yang mereka perolehi pada hari terbabit. - tvnews.net

0 comments:

Post a Comment