Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: MENGAPA PERLUNYA BERSIH 2.0?
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

MENGAPA PERLUNYA BERSIH 2.0?

29 Rejab 1432 H | 30 Jun 2011

oleh : Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS

Pemerintah yang mendapat mandat daripada rakyat akan merasa selesa untuk menjalankan pemerintahan dalam sistem demokrasi berpilihanraya. Perjalanan yang baik dan pilihanraya yang bersih di antara punca keamanan di sesebuah negara.


Lima tahun sekali, pemerintah memperbaharui mandat daripada rakyat untuk penerusan berkuasa atau rakyat memberi mandat kepada golongan lain untuk berkuasa. Itulah secara mudah kefahaman demokrasi dan amalannya dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat.


Untuk memastikan pilihanraya yang bersih dan adil berlaku di Malaysia, maka pihak NGO telah cuba menimbulkan kesedaran kepada rakyat dengan seminar, kongres dan himpunan aman untuk meletakkan dalam fikiran rakyat dan kerajaan, supaya pilihanraya berjalan dalam keadaan bersih, adil dan aman.


Pada 10 November 2007, BERSIH yang dianggotai lebih 60 NGO dan disokong oleh parti-parti politik yang utama, PAS, DAP dan Keadilan bersetuju untuk mengadakan himpunan aman untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil dijalankan di Malaysia. Biarlah rakyat berpuas hati di atas pilihan mereka, atau penolakan mereka berdasarkan jumlah bilangan yang betul dan mengikut tatacara yang betul untuk melahirkan pemerintah yang dipilih oleh rakyat berwibawa dan berintergriti.



Untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan dalam pilihanraya (bertarung di padang yang sama) maka BERSIH mencadangkan untuk membuat perubahan di atas empat perkara utama, iaitu:


1. Daftar automatik

Daftar pemilih adalah kerja kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), parti-parti politik di antara tugas mereka menarik sokongan rakyat atau pengundi untuk menyokong dan mengundi parti-parti mereka. Bila daftar pemilih diizinkan, parti politk membantu SPR untuk meramaikan pemilih yang berdaftar, maka parti pemerintah boleh meng"eksploid" kan pegawai kerajaan dan SPR untuk memihak kepada mereka.
SPR batalkan di saat-saat akhir
penggunaan dakwat di PRU 2008

2. Tanda dakwat kekal kepada yang telah mengundi


Daftar pemilih yang tidak bersih, samada orang yang telah meninggal dunia mengundi, rakyat bukan warganegara mengundi, mengundi berulang, orang mati mengundi, semuanya ini boleh menimbulkan keabsahan pemerintah yang memperolehi kuasa. Untuk mengelak seorang pengundi membuat ulangan undi di hari pilihanraya, maka penggunaan dakwat kekal di jari, atau di mana-mana tempat tubuh pengundi boleh mengelakkan buangan undi berulang terhadap satu individu.



3. Penyusunan semula dan membuat reformasi terhadap undi pos


Undi pos paling meragukan, pihak berkuasa berupaya men"zero"kan undi pos bagi pihak pembangkang jikalau parti pemerintah mahu. Pengundi yang membuang undi secara pos langsung tidak bebas kepada manipulasi dan penipuan.



4. Akses media yang bebas dan adil

Akses media yang bebas dan adil amat perlu supaya pengundi mendapat maklumat daripada berbagai pihak sebelum mereka membuat keputusan memilih atau mengangkat mana-mana calon atau parti.

Kebebasan media hampir tidak ada langsung diamalkan di Malaysia. Kebebasan hanyalah untuk menzahirkan cerita rogol, berkesedudukan, hantu mak limah balik kampung, cerita tahyul, dan seram. Sebaliknya parti-parti politik yang tidak berkuasa hampir tiada langsung propaganda parti mereka melalui alat pandang dengar yang dimiliki oleh kerajaan atau media saham utama kerajaan.


KESIMPULAN

Semua tuntutan BERSIH langsung tidak diendahkan oleh kerajaan yang memerintah dan parti-parti politik yang berkuasa. Bahkan hak dalam perlembagaan dilanggar oleh pemerintah dan parti pemerintah. Contohnya sebarang ceramah atau himpunan di kawasan Felda akan dikepung, disekat, dilarang oleh pihak polis untuk para penduduk Felda mendengar penerangan daripada parti-parti halal yang ingin bertanding dalam pilihanraya.

Pemerintah UMNO menggunakan segala sumber kuasa pemerintah untuk melindungi parti mereka dan melindungi pemerintahan mereka.

0 comments:

Post a Comment