Blog Rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat: July 2011
DANA PRU13 PAS PAHANG - Sumbangan boleh disalurkan melalui DANA TAQWA PAS PAHANG (BIMB : 0602 8010 0417 06) @ DANA PILIHANRAYA PAS PAHANG (MAYBANK : 5560 5750 2013)

PENSYARAH UNDANG-UNDANG BIDAS KUASA MENTERI

28 Sya'ban 1432 H | 29 Julai 2011
Professor Shad Saleem Faruqi, pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menegaskan Menteri Dalam Negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.

"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan,” katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Shad Saleem mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai.


Cadangannya adalah supaya lembaga penasihat sekarang yang dipertanggungjawab menyemak semua 
keputusan menteri bagi penahanan tanpa bicara ditukar menjadi “lembaga keselamatan khas”, dan sebarang keputusannya mesti dipatuhi oleh menteri.


Akta ISA...anak menagih kasih si ayah
yang ditahan tanpa bicara
Buat masa ini lembaga penasihat hanya boleh memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, sementara kerajaan boleh dan dalam beberapa kejadian sebelum ini telah bertindak tidak mengikut nasihat berkenaan.

Menurut Shad Saleem, lembaga keselamatan khas itu juga perlu mempunyai akses kepada maklumat berhubung sebarang penahanan yang sekarang dirahsiakan oleh kementerian dalam negeri.


Katanya, situasi sekarang di mana pihak polis dan menteri bertindak dalam pelbagai peranan seperti penuduh, penyiasat dan juga pengadil adalah “tidak betul”. - malaysiakini

BUKANKAH UMNO LEBIH BAHAYA DARI WAHABI?

28 Sya'ban 1432 H | 29 Julai 2011


Keghairahan UMNO melalui agensi Majis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.  

Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', bukan soal penafian prinsip Islam. Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain.   Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara.

UMNO dalam sejarahnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin UMNO pernah menganggap politik suku agama suku.   Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.

Bukankah ini bukti fahaman UMNO yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?

RAKYAT MALAYSIA BANTAH TINDAKAN TV9

28 Sya'ban 1432 H | 29 Julai 2011

Sah rancangan ‘Adik & Al-Quran’ di TV9 dihentikan pihak atasan sambil hosnya, Ustaz Zamri dipecat serta merta.

Perkara itu disahkan oleh penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy. 


“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.


“Program Adik & Al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan, dan antara program yang mendapat 'rating' tertinggi di kalangan penonton. Tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya dipetik dari 
Sinar Harian.

Sebagai tindak balas dan bantahan kepada TV9 ini, rakyat Malaysia yang prihatin telah melancarkan kempen '
Kami mahu Rancangan Adik & Al Quran Ustaz Zamri di TV9 diteruskan'. Sehingga kini laman tersebut telah menarik minat hampir 20,000 orang pengunjung.

Pengunjung melahirkan rasa kesal dan terkilan di atas tindakan 'kebudak-budakan' ini. Rancangan tersebut banyak memberikan kebaikan kepada anak-anak mereka dan mengharapkan ianya tetap diteruskan.

Dipercayai tindakan ini diambil apabila gambar Ustaz Zamri yang menyertai himpunan Bersih 2.0 yang lalu tersebar di internet. Ianya telah dimanipulasi oleh pihak yang berkepentingan tanpa merasa kerugian atas tindakan tersebut.

AZIZ BARI SANGKAL HUJAH SPR

27 Sya'ban 1432 H | 28 Julai 2011

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berbohong kerana undang-undang yang diperincikan dalam peruntukan Akta Pilihan Raya dibuat sendiri oleh SPR, kata pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

“Wan Ahmad berbohong kerana undang-undang yang  memperincikan peruntukan dalam Akta Pilihan Raya umpamanya dibuat oleh SPR. Ini semua dalam bentuk Peraturan  atau Perintah yang kesemuanya dipanggil undang-undang kecil (bye-laws).


“Terpulang kepada SPR untuk buat atau tidak. Masalahnya SPR memilih untuk menyerahkannya kepada Umno-BN yang menjadi teraju pemerintahan sekarang,” kata Aziz dalam jawapannya kepada Keadilandaily.


Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Wan Ahmad semasa debat bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini.

Menurut Aziz, perlembagaan turut memberi perlindungan kepada SPR, antaranya pengerusi SPR tidak boleh dipecat kecuali melalui prosedur yang sama seperti hakim mahkamah.


PAS AKAN BONGKAR PENYELEWENGAN SPR

26 Sya'ban 1432 H | 27 Julai 2011
BUKIT KATIL, 27 Julai: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, PAS Pusat akan membongkar kecelaruan SPR khususnya berkaitan daftar pemilih secara besar-besaran dalam masa dua minggu ini.

"Mesyuarat khas PAS Pusat yang berlangsung semalam memutuskan untuk membongkar penyelewengan dan kecelaruan daftar pemilih dengan menugaskan beberapa orang pakar IT untuk menjalankan tugas tersebut.


"PAS telah mengesan kecelaruan dan penyelewengan daftar pemilih dari dahulu lagi tetapi SPR tidak pernah mengakuinya, akhir-akhir ini barulah SPR mula mengaku," katanya.


Beliau berkata sehingga kini sekurang-kurangnya 17,000 nama pemilih dikenal pasti berada dalam daftar pemilih di dua tempat mengundi berasingan di seluruh negara.


"Bayangkan tuan-tuan 17,000 pengundi ini ianya jumlah yang besar dan kita sedang mengenalpastikan nama-nama pemilih yang lain sekarang ini.


"Semua ini adalah kelemahan dan penyelewengan yang mesti dipertanggungjawabkan kepada SPR sebagai badan yang bertanggungjawab kepada pengurusan dan pengedalian pilihanraya di negara kita," katanya pada ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di pejabat PAS kawasan di sini malam tadi.
Teknologi IT di India jauh ke depan,
tetapi tetap gunakan dakwat elak penipuan
Beliau juga, berkata PAS kemungkinan besar akan mengadakan seminar antarabangsa bagi membongkar segala penipuan dalam daftar pemilih ini setelah semua data-data berkenaan diperolehi dalam masa terdekat.
"Kita mempunyai ramai pakar-pakar IT dan kita mempunyai sistem yang canggih dan berkesan untuk mengenalpasti penipuan dan penyelewengan dalam daftar pemilih.
"SPR tidak boleh berdolak dalik lagi dalam hal ini, jika bukan mereka siapa yang lagi yang melakukan kemungkaran dan penipuan dalam daftar pemilih ini," tegasnya.
Menurutnya, PAS juga konsisten mendesak penggunaan dakwat kekal dan menolak sistem biometrik kerana ianya terbuka kepada penipuan.

"Jadi kalau seseorang itu mempunyai 2 kad pengenalan dan ada nama dalam daftar pemilih di saluran yang berlainan di Dun sama atau berlainan, maka dia boleh mengundi," jelasnya. - harakahdaily

SEMAKIN DITINDAS, UMNO-BN MAKIN DIBENCI

 25 Sya'ban 1432 H | 26 Julai 2011


PAS Pusat memandang serius tindakan pihak Kedutaan Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah (JPMK) ke atas pelajar yang mengadakan perhimpunan aman Bersih 2.0 Julai 9 yang lalu. 

Perhimpunan Bersih 2.0 pelajar dan warga Malaysia di luar negara turut berlaku di beberapa buah negara yang lain. Namun sehingga kini hanya di Mesir sahaja yang beria-ia untuk mengambil tindakan yang sangat melampau ke atas pelajar-pelajar Malaysia yang menyertai perhimpunan tersebut.


Menurut Lajnah Keahlian & Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat, antara tindakan yang diambil adalah:

  • Pembatalan pengajian seorang mahasiswa negeri Selangor

  • Menghalau tiga orang mahasiswa daripada Asrama Rumah Melayu di Abbassiyah (ARMA) tanpa sebarang notis dan surat tunjuk sebab

  • Menyenarai hitamkan 40 orang mahasiswa negeri Perak

  • Beberapa orang mahasiswa negeri Terengganu menerima ugutan
Bertindaklah secara adil, dan jangan
nafikan masa depan anak bangsa sendiri
Tindakan yang diambil juga dilakukan secara terburu-buru tanpa ada penyiasatan yang teliti, dan tidak memberikan hak kepada mahasiswa terbabit untuk mempertahankan diri. Walhal, mereka yang ditahan dalam negara telah dibebaskan tanpa sebarang tindakan.

Apakah kedutaan Malaysia di Kaherah ketinggalan maklumat, atau sengaja menjadi barua UMNO - bagi menunjukkan seolah-olah ia sahaja yang berani mengambil tindakan?

PAS mengingatkan mereka jangan cuba menjadi umpama bidalan 'lebih sudu dari kuah'. 
PAS menyeru campurtangan Kementerian Pengajian Tinggi dan Wisma Putra bagi mengatasi kezaliman yang berlaku ini. Sebahagian daripada mereka akan menamatkan pengajian beberapa bulan sahaja lagi - tidak seharusnya dibiarkan dibuang, dihalau dari asrama Malaysia dan dikenakan pelbagai ugutan. 

Pihak Lajnah Guaman PAS akan meneliti isu ini secara dekat bagi membela nasib pelajar yang teranianya ini. 
Mereka sepatutnya bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada, di mana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan oleh mahkamah ia bersalah.

Tindakan yang diambil jelas menzalimi mahasiswa tersebut dan melanggar hak mahasiswa untuk berhimpun secara aman  yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan tidak dihalang oleh pihak berkuasa Mesir. Ia 
hanya akan menyemarakkan kebencian mahasiswa-mahasiswi terhadap kerajaan Umno - Barisan Nasional, dan tidak membina sesuatu yang berguna bagi masa depan negara.

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

ISU SCORPENE - MENGAPA NAJIB TAKUT KALAU TIDAK BERSALAH?

William Bourdan akan bongkar
 penyelewengan pembelian Scorpene
25 Sya'ban 1432 H | 26 Julai 2011

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kehadiran peguam Perancis, William Bourdon yang berusaha membongkar skandal pembelian Scorpene menguatkan lagi kecurigaan rakyat, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Bila Najib nampak sangat begitu takut dengan kehadiran Bourdon sehingga ke peringkat membatalkan lawatan dan percutiannya di luar negara, kelakuannya itu menguatkan lagi kecurigaan rakyat terhadap penyelewengan dalam pembelian Scorpene dan kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.


"Tidak timbul sebarang tuduhan terhadap Najib, tetapi kelakuannya yang memaksa rakyat merasa curiga,"
 kata beliau.

KEPADA SIAPA RAKYAT HENDAK MENGADU?

25 Sya'ban 1432 H | 26 Julai 2011

Kematian Allahyarham Baharudin Ahmad, 58 telah mengejutkan negara, lebih-lebih lagi dengan pendedahan pihak polis yang menyatakan bahawa arwah meninggal dengan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Sedangkan pada awalnya polis juga mengeluarkan kenyataan bahawa arwah meninggal kerana serangan jantung.

Namun, menurut anak Allahyarham, Mohd Nasrul, keluarganya masih tertanya-tanya bagaimanakah polis mendapat fakta berhubung sebab kematian lelaki yang meninggal dunia semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di KLCC, Kuala Lumpur dua minggu lalu sedangkan pihak keluarga sendiri masih belum menerima laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas jenazah. Bukan itu sahaja, dalam menguatkan hujah mereka, polis telah memaparkan gambar 'Baharuddin' memegang dadanya semasa perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu. 


Kini, rakyat sedang bertanya... 
“Kepada siapakah yang boleh diharapkan supaya keadilan dapat ditegakkan dalam kes seumpama mendiang Teoh Beng Hock, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, mendiang A.Kugan dan yang terkini arwah Baharuddin?”

SISTEM BIOMETRIK TIDAK SELESAIKAN MASALAH


24 Sya'ban 1432 H | 25 Julai 2011

KUALA LUMPUR, 25 Julai : Kerajaan silap apabila menyifatkan langkahnya memperkenalkan sistem biometrik boleh meredakan kebimbangan terhahap ketelusan pilihan raya kerana sistem ini menambahkan lagi kebimbangan rakyat.

"Sistem biometrik hanya diketahui oleh pegawai dan tidak diketahui oleh rakyat dan petugas. Ini menyebabkan ia tidak telus kerana masalah sebenar pengundian adalah apabila ia tidak telus," kata Dr Dzulkefli Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor.


Sistem ini akan disambungkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesahkan status seseorang pengundi. 
Persoalan sistem ini menjadi hangat kerana hilangnya keyakinan rakyat terhadap ketelusan dan kewibawaan SPR. Ini kerana, pelbagai maklumat tersebar kononnya beberapa pemimpin kanan SPR dilantik khas oleh pemimpin kerajaan untuk mempastikan kemenangan BN.

JANGAN BOHONG KEPADA RAKYAT

23 Sya'ban 1432 H | 24 Julai 2011

Rata-rata generasi hari ini adalah generasi pasca merdeka, yang tidak merasai keperitan perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Ratusan perajurit terkorban melawan komunis yang mengambil alih negara beberapa minggu bertindak ganas terhadap penentangnya, lalu mereka digelar pengganas komunis.

Era selepasnya mencatatkan sejarah besar susah payah pemimpin mengembeling tenaga bersatu dengan mengorbankan kepentingan parti mereka. 
Gabungan Barisan Nasional ini telah memberi harapan baru kepada rakyat. Namun rasa curiga khususnya di kalangan UMNO terhadap perkembangan PAS menyebabkan akhirnya PAS ditendang keluar. Akibatnya PAS hilang pengaruh, hilang rakan seperjuangan dan hanya memenangi satu kerusi parlimen oleh Tn Guru Nik Abdul Aziz.

Era tersebut telah menjadi sejarah negara walau tiada buku sejarah yang diajar di sekolah. Kita banyak menyembunyikan fakta sejarah kecuali yang menyebelahi parti pemerintah. Sampaikan fakta kemenangan PAS di Terengganu seolah-olah dibuang dalam sejarah Terengganu. Kenapa kita jujur dalam ilmu, sehingga akhirnya rakyat yang mengetahui akan membohongi sejarah?


JAZAKALLAH DI ATAS DOA KALIAN - DATO' TUAN IBRAHIM

22 Sya'ban 1432 H | 23 Julai 2011

Pengalaman mengalami demam malaria adalah sesuatu yang amat berguna bagi muhasabah diri dan nikmat sihat yang dikurniakan Allah. Selama ini saya sering menyebutnya dari peringatan para ulamak, nikmat sihat hanya dirasai bilamana kita sakit.

Ternyata bilamana kita mengalami penderitaan kesakitan, segala  nikmat dan lazat hilang. Yang ada hanyalah kepenatan,  kesakitan, mual, segalanya rasa pahit, segala apa yang diberi akan rasa mual dan hilang segala nikmat makanan, kegembiraan dan keseronokan. 


Dalam situasi begini terasa benar diri hampir dengan Allah, terasa sedikitnya amalan, terasa banyaknya dosa dan kesalahan. Sesekali kuatkan semangat dengan hadith Rasulullah s.a.w : "Apa-apa penderitaan yang menimpa orang mukmin adalah kifarat dosanya, hatta duri yang terkena kakinya". 

NASIB POLIS DI ZAMAN BN

22 Sya'ban 1432 H | 23 Julai 2011

Oleh : Ustaz Idris Ahmad

Sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa polis tidak berkasar ketika menghadapi demontrasi Bersih 9 Julai 2011. Terbaru, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis. 


Sayang seribu kali sayang skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat. Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis, tetapi seluruh dunia sudah menyaksikan keganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui 'Youtube' yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.


Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis. Beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya. Mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman ini boleh diedit.


BERSIH 2.0 - SUHAKAM PERLU BUKTI UNTUK SIASATAN AWAM

21 Sya'ban 1432 H | 22 Julai 2011

malaysiakini.com

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta orang awam menyerahkan bukti dan maklumat berhubung dakwaan, antaranya, penggunaan kekerasan yang melampau oleh pihak berkuasa sebelum dan semasa perhimpunan 9 Julai.

Ia ekoran keputusan suruhanjaya itu untuk mengadakan Siasatan Awam berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan tersebut.


Panel siasatan akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.


Dalam satu kenyataan hari ini, Suhakam berkata orang awam yang menyaksi perbuatan atau insiden dakwaan tersebut, atau mereka yang boleh memberi maklumat, dokumen serta bukti, termasuk rakaman video/gambar, diminta menghubungi suruhanjaya dengan segera. 
Tarikh akhir untuk mereka berbuat demikian ialah 2 Ogos 2011.

Untuk pertanyaan dan penyerahan awam, orang awam boleh menghubungi:
Ameer Izyanif Hamzah atau Encik Shahizad Sulaiman
Suhakam, Aras 13, Menara TH Perdana, 50250 Jalan Sultan Ismail 
Tel: 03-2612 5669 /5623; Faks: 03 2612 5620 / 5694
Emel: complaints@suhakam.org.my/humanrights@suhakam.org.my

BERSIH 2.0 - VIDEO POLIS TAYANGAN TERPILIH

21 Sya'ban 1432 H | 22 Julai 2011  

SHAH ALAM 21 JULAI : Di sebalik pengakuan polis bahawa meriam air dipancutkan ke kawasan Hospital Tung Shin, polis hakikatnya tidak menjawab secara keseluruhan tentang keganasan yang dilakukan terhadap ribuan peserta Himpunan Bersih 9 Julai lalu.

Selain puluhan malah mungkin ratusan video yang didedahkan di internet, malah paling penting ribuan saksi yang melihat keganasan polis pada 9 Julai lalu, polis ironinya terus bertindak menafikan dengan menyajikan rakyat rakaman video terpilih, kata peguam hak asasi manusia, N Surendran.


"Polis menggunakan rakaman yang terpilih. Tidak menunjukkan keseluruhannya sedangkan kita telah menunjukkan banyak video tentang berlaku banyaknya keganasan.


Mereka seolah-olah berpura-pura bahawa tidak ada isu. Walhal sebenarnya banyak keterangan dan isu telah dibawa tetapi tidak dijawab," tegas beliau.


Tayangan tersebut tidak mampu menjelaskan beberapa perkara besar:

  • Apa jawapan polis tentang kecederaan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, ke atas pengawal peribadi Anwar, dan ramai yang berada di dalam terowong termasuk Datuk Seri Anwar?

  • Apa jawapan polis tentang tembakan 12 das di terowong KL Sentral?

  • Bagaimana kes Mohamad Sabu, dan kes kematian Baharuddin?

  • Bagaimana pula kes orang ramai yang dipukul dan dikasari oleh pihak polis?

  • Bagaimana rakaman daripada Al-Jazeera yang menunjukkan pihak polis menyepak mereka yang berhimpun secara aman?
"Tidak ada jawapan untuk semua ini!" kata Surendran. 

Dalam insiden 9 Julai lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia menyertai himpunan aman menuntut pilihan raya yang adil walaupun terpaksa meredah pancutan air kimia dan tembakan gas pemedih mata polis.


Dunia hari itu menyaksikan Malaysia mencatat sejarah apabila menahan lebih 1,600 rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman di ibu negara.


SUHAKAM sebelum ini memutuskan akan mengadakan inkuiri awam menyiasat dakwaan keganasan polis bulan depan.


Menurut Naib Pengerusi SUHAKAM, pihaknya yang turut menghantar pasukan pemantaunya ketika perhimpunan Bersih 2.0 juga akan bergantung pada maklumat yang mereka perolehi pada hari terbabit. - tvnews.net

TERKINI - DATO' TUAN IBRAHIM STABIL, PERLU REHAT

20 Sya'ban 1432 H | 21 Julai 2011

Dato' Tuan Ibrahim kini sedang menjalani rawatan di Hospital Pakar Kuantan. Demam yang dialami telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan, tetapi masih dalam keadaan keletihan.


Oleh itu, buat masa ini orang ramai tidak digalakkan untuk membuat lawatan, 
 kerana beliau memerlukan rehat yang secukupnya. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di dalam blog ini.

Sekali lagi, doa tuan/puan amat diharapkan agar penyakit yang dialami ini diberi kesembuhan oleh Allah s.w.t. InsyaAllah, berkat permintaan tersebut, akan membolehkan beliau kembali aktif mendepani perjuangan.

ANUGERAH UiTM - RAMAI LAGI TOKOH YANG LEBIH LAYAK

Atas dasar apakah Ibrahim Ali dipilih?
18 Sya'ban 1432 H | 19 Julai 2011

Tindakan UiTM membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar universiti itu yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu dibidas pelbagai pihak.

Penubuhan anugerah itu datang daripada Datuk Ibrahim Ali sendiri dan hadiahnya juga ditaja oleh presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA itu. Ia dianjurkan oleh Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) 
Ahli parlimen Pasir Mas itu juga adalah bekas pelajar UiTM dan menuntut dari tahun 1971 hingga 1974.

Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang pernah menjadi pensyarah di UiTM, terdapat ramai lagi pemimpin yang jasa mereka lebih besar.


“Nama pemimpin lain lebih berhak. Arsyad Ayub, Ani Arope, Ishak Mohamad, Dr Awang Had Salleh, dan (bekas naib canselor UiTM) Ibrahim Abu Shah akan tersenyum bila mengetahui ada anugerah dinamakan atas nama Ibrahim Ali!” kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily semalam.


Ketua Penerangan PAS itu berkata anugerah berkenaan akan terkubur kerana Ibrahim bukan orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat.


“Penerima anugerah mesti berbangga dengan anugerah mereka. Jika sesuatu anugerah itu hanya mendatangkan cemuhan dan menjadi stigma kepada penerimanya, saya pasti anugerah itu akan gagal,” katanya.

Berkongsi pendapat yang sama adalah Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen yang kecewa dengan keputusan UiTM.

“Ibrahim adalah individu kontroversi. Tindakannya dan kenyataannya gagal menyatukan masyarakat. Sebaliknya menjejaskan pembangunan negara dan perpaduan dan tidak harus dijadikan teladan bagi orang lain,” katanya dalam satu kenyataan. - malaysiakini

BERSIH 2.0 - KERAJAAN PERLU RESPON, BUKAN UGUT

18 Sya'ban 1432 H | 19 Julai 2011


KUALA LUMPUR, 19 Julai — Kerajaan persekutuan perlu secara aktif melibatkan Bersih 2.0 dan memberi respons ke atas segala tuntutan pilihan raya tanpa terus mengeluarkan amaran kepada orang ramai tidak menyertai demonstrasi, kata Datuk Ambiga Sreenevasan.

Justeru, pengerusi Bersih 2.0 hari ini mengajukan persoalan untuk mengetahui mengenai respons pentadbiran Najib ke atas tuntutan-tuntutan gabungan tersebut sambil menegaskan, pihaknya tidak menolak kemungkinan mengadakan demonstrasi pada masa-masa akan datang.


“Ada laporan mengatakan bahawa saya ada menyebut tidak akan ada lagi perhimpunan. Ini tidak tepat dan saya melihat para menteri mengulangi (perkara ini). Apa yang saya sebutkan ialah tidak akan ada perhimpunan dalam waktu terdekat. (Tetapi) kami tidak memandang ringan (idea) untuk mengadakan perhimpunan sedemikian (pada masa akan datang),” kata beliau lagi.


“Kami akan terus mengambil langkah-langkah sedemikian untuk memberi tekanan berhubung soal pembaharuan sistem pilihan raya tetapi apa yang kami harapkan ialah penglibatan aktif bersama pihak berkuasa dalam perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.


Bekas presiden Majlis Peguam ini berkata, kerajaan telah “mengabai perkara” sewajarnya dengan mengeluarkan ugutan dan bahawa lebih banyak halangan ke atas perhimpunan-perhimpunan pada masa depan sedangkan sewajarnya pihak berkuasa mengambil langkah untuk menangani tuntutan yang diketengahkan pada 9 Julai lalu.


“Apa respons kerajaan ke atas permintaan kami mengenai pembaharuan? Kepada permintaan kami agar diadakan satu suruhanjaya siasatan diraja?” kata Ambiga dengan menegaskan bahawa kerajaan seharusnya melakukan sesuatu yang baik untuk menangani kebimbangan rakyat daripada hanya terus mengeluarkan ugutan.


“Mudah kata, adakah kerajaan hendak meneliti tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya atau tidak?” kata beliau.


Bersih 2.0 mengemukakan lapan tuntutan kepada SPR yang bertujuan membawa pembaharuan sistem pilihan raya. -
themalaysianinsider

BELASUNGKAWA - DR. LO' LO, SEKADAR YANG SAYA KENALI

17 Sya'ban 1432 H | 18 Julai 2011


Oleh :  Dr. Mohd Asri Zainul Abidin


Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi s.a.w nasihati kita:
“Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: ‘aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan Jawatan Mufti
Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo’ Lo’. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo’ Lo’ sejak sebelum saya menjadi Mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya. Kali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum.
Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo’ Lo’ menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut. Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu.
Antara yang beliau sebut
“..saya juga seorang manusia yang dhaif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya. Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam. Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.

PAS CABAR 'PEJUANG ISLAM UMNO'

17 Sya'ban 1432 H | 18 Julai 2011

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Dalam keseronokan Umno mengambil kesempatan untuk mengkritik kerajaan Kedah dalam isu Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, PAS hari ini menyeru Umno Barisan Nasional untuk melaksanakan perkara yang sama di negeri-negeri pimpinan mereka.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kelantangan parti MCA dan Gerakan yang selalu mengikut telunjuk Umno dalam menentang rancangan kerajaan Kedah telah menonjolkan kepada rakyat sikap hipokrit mereka yang ketara.
 

“Kerana golongan inilah yang juga menyokong enekmen tersebut sewaktu dibentang dulu, kini tiba-tiba cuba menjadi hero kononnya atas alasan untuk membela hak bukan Muslim,” selar beliau.
 

Isu ini telah diambil kesempatan oleh MCA, kawan sejati Umno selama 54 tahun dan Gerakan yang bertalu-talu menyerang kerajaan Kedah sambil menghasut masyarakat bukan Islam dengan dakwaan bahawa kerajaan berfikiran sempit dan menghalang hak asasi masyarakat bukan Islam. 

MCA menekan DAP dalam pertarungan mendapatkan sokongan bukan Islam, dan jika PAS tidak dapat melaksanakan larangan ini dengan baik, perkara ini  akan memberi 'advantage' percuma kepada Umno dalam memenangi hati pengundi Melayu.
 


Terjerat dengan permainan, tindakan kerajaan Kedah akhirnya mendapat bantahan dari beberapa pihak termasuk MCA, Gerakan dan rakan Pakatan Rakyat, DAP walaupun mendapat pengiktirafan mufti dan pelbagai NGO, termasuk beberapa NGO wanita yang bukan Islam sebagaimana dilaporkan oleh akhbar-akhbar.


Namun, kontroversi tersebut selesai selepas Azizan bertemu wakil pusat hiburan kelmarin dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.


“Tindakan tersebut adalah satu pendekatan yang bijak bilamana para pengusaha pusat hiburan bersetuju untuk membantu kerajaan negeri dalam memastikan umat Islam tidak memasuki premis mereka dan juga menyatakan kesediaan mereka untuk dikenakan tindakan seandainya berlaku perlanggaran terhadap enakmen ini.
 

Ini adalah satu lembaran baru kerana kerajaan Kedah di bawah PAS telah dapat melaksanakan enakmen yang membawa kebaikan kepada umat Islam negeri tersebut yang selama ini tidak dapat dilakukan oleh Umno yang memerintah negeri itu sekian lama,” ulas Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.


Namun begitu, keputusan kerajaan Kedah tersebut telah diserang bertubi-tubi oleh Umno atas alasan PAS mengikut telunjuk DAP, walhal perkara ini langsung tidak dapat dilaksanakan oleh Umno sepanjang 14 tahun yang lepas.
 

“Jangan pula dalam keseronokan mereka menyerang PAS dalam isu ini, mereka terlupa bahawa umat Islam tahu bahawa mereka langsung tidak pernah berbuat apa-apa untuk membentuk environment Ramadhan yang sesuai untuk umat Islam negeri tersebut.
 

Kini umat Islam sedang menanti bilakah Umno, yang selalu berheboh bahawa merekalah pejuang Islam yang sebenar akan menguatkuasakan larangan ini di negeri-negeri mereka pula,” bidas Tuan Ibrahim. - harakahdaily

BUKU JINGGA - TAWARAN TANAH FELDA PLANTATION BUKAN OMONG KOSONG

16 Sya'ban 1432 H | 17 Julai 2011



Felda Plantation bercanggah dengan akta GSA
MUQADDIMAH

Apabila kerajaan mengumumkan tiada lagi penempatan baru untuk peneroka Felda pada tahun 1990, Felda telah mewujudkan estetnya sendiri menerusi tanah yang diberi oleh Kerajaan Negeri.

Felda Plantation Sdn Bhd (FPSB) telah ditubuhkan pada 13 Januari 1992 sebagai anak syarikat Felda yang bertanggungjawab terhadap ladang seluas 367,710 hektar (data terkini tahun 2000- 340,890 hektar).


Ladang Felda yang pertama diperkenalkan di Selancar, dalam parlimen Rompin, Pahang. Ia membabitkan 150 peserta atas tanah berkeluasan 5,000 ekar. Kini terdapat 150 ladang yang seumpamanya dan Gugusan Sahabat di Sabah adalah yang paling luas iaitu sekitar 100,000 hektar.


MENGAPA FELDA PLANTATION MESTI DIMANSUHKAN?

  • Bertentangan dengan matlamat asal Felda menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Dengan erti kata lain, tanah haruslah diberi kepada individu rakyat sebagai jaminan masa depan

  • Bertentangan dengan Akta Penempatan Beramai-ramai 1960(GSA) yang dibentang pada 27 April 1960 oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu Tun Abd Razak bahawa hanya terdapat dua jenis pemilikan ke atas tanah, iaitu pemilikan individu; seksyen 7(2), dan koperasi; seksyen 11(1).

  • Di bawah GSA, Felda hanya sebagai agen pengurusan dan bukannya memiliki tanah. Ini boleh dirujuk melalui Surat Perjanjian Antara Peneroka dengan Felda

  • Adalah jelas pemilikan tanah ladang oleh Felda Plantation adalah tidak sah, haram dan terbatal kerana bercanggah dengan akta GSA. Ia mengkhianati persetujuan yang di putus bersama antara kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri 
  • Peserta Ladang Felda Plantation seramai 45,000 orang menjalani kehidupan yang sukar tanpa jaminan masa depan. Mereka bekerja sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari(1 kong) hanya mendapat upah sekitar RM25 setiap tan yang dituai tanpa gaji pokok.

    Untuk beroleh pendapatan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan sesuatu yang hampir mustahil kerana ia bergantung kemampuan tulang empat kerat mereka. Sebab itu sebahagian besar
    anak tempatan telah meninggalkan Felda Plantation; yang tinggal buruh-buruh asing sahaja.

ISU SCORPENE - PENYELEWENGAN TERUS DIBONGKAR

15 Sya'ban 1432 H | 16 Julai 2011

KUALA LUMPUR 16 JULAI : Isu pembelian kapal selam Scopene di bawah teraju Datuk Seri Najib Tun Razak dikejutkan dengan pendedahan terbaru bahawa pegawai-pegawai kanan kerajaan disogok dengan komisyen yang jauh lebih besar daripada jumlah yang terbongkar sebelum ini.

Seorang peguam dari Perancis akan memberikan butiran lebih lengkap mengenai sogokan itu dalam sesi penerangan di Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bermula minggu depan, kata jurucakap Suaram Cynthia Gabriel.  

Beliau berkata peguam William Bourdon akan memberitahu hasil siasatan beliau ke atas pembelian dua kapal selam itu dari Peranchis pada tahun 2002 yang turut dikaitkan dengan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Sharibuu.

Sebelum ini,  syarikat Perimekar yang dikendalikan oleh Abdul Razak Baginda, penasihat   kepada Najib ketika itu, dilaporkan menerima komisyen 'atas angin' sebanyak RM540 juta ringgit daripada syarikat DCNS berpangkalan di Paris. 

Gabriel berkata bukti-bukti terbaru yang dikumpul oleh pasukan penyiasat di Peranchis menunjukkan pembayaran komisyen yang jauh lebih besar daripada apa yang dibayar kepada Perimekar.

"Kami terkejut untuk mengetahui bahawa wujud lebih banyak pembayaran komisyen kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan di negara ini,” tambah beliau.

Pembayaran komisyen adalah dilarang di bawah undang-undang Peranchis. Suaram menerusi peguam-peguam di negara itu telah menyerahkan bukti-bukti yang ada kepada pendakwaraya untuk memulakan siasatan. - tvnews.net

NEGERI LAIN PERLU CONTOHI KEDAH - PUM

Enekmen telah wujud di zaman pemerintahan BN
tetapi tidak dikuatkuasakan sepenuhnya
15 Sya'ban 1432 H | 16 Julai 2011

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mahu negeri-negeri lain mengikut langkah Kedah melaksanakan larangan pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan.

“PUM menyokong penuh usaha kerajaan negeri Kedah untuk menguatkuasakan larangan pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan, dan 
menyarankan semua negeri-negeri lain mencontohi usaha yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kedah,” kata Setiausaha Agungnya Dr. Mohd Roslan Mohd Nor.

Beliau berkata bulan Ramadan hendaklah disambut dengan memperbanyakkan amalan ibadah, bukannya dengan hiburan-hiburan semata-mata dan
 larangan tersebut perlu disokong dan dilaksanakan kerana ianya baik untuk semua kaum dan agama.

Kerajaan negeri Kedah memutuskan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang digubal masa era Barisan Nasional (BN). 
Perkara itu dibantah oleh komponan BN khususnya MCA.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan sudah wujud sejak 1997 dan bukannya dasar baru. 
Oleh itu kata beliau, enakmen itu terpakai sejak BN mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini.

Menurut enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadhan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.


Bagaimanapun Ketua Biro Profesional Muda MCA Chua Tee Yong menyelar tindakan itu yang didakwanya sebagai menafikan hak asasi manusia dan hak dalam Perlembagaan terhadap bukan Islam. - themalaysianinsider

ISLAM RAHMAT SELURUH ALAM

13 Sya'ban 1432 H | 14 Julai 2011

Al Quran dan Hadis diturunkan sebagai rahmat seluruh alam, dan bukan hanya untuk orang Islam sahaja, dan bukan hak orang Melayu sahaja. 

Apabila saya membaca laporan mengenai Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman yang membidas wakil rakyat PAS dan PKR beragama Islam kerana tidak bersuara ketika  ADUN, Ng Suee Lim memetik hadis untuk menguatkan hujahnya dalam satu pembentangan di DUN Selangor semalam, ianya menyerlahkan 
sikap dan pemikiran segelintir pemimpin-pemimpin Umno yang masih terkongkong dengan persepsi bahawa menjadi satu kesalahan untuk orang bukan Islam memetik ayat al-Quran atau hadis.

Senario dunia sekarang amat berbeza apabila ramai orang bukan Islam yang memetik ayat al-Quran dan hadis dalam tulisan atau ucapan mereka. Jika sekiranya perkara tersebut tidak dibolehkan, mengapa pula
 para ulama atau Majlis Fatwa tidak mengeluarkan fatwa untuk mengharamkannya?

Menjadi haram atau perlu dicegah hanya sekiranya mereka atau kita umat Islam sendiri memetik dengan tujuan menghina atau mempermain-mainkan al-Quran atau hadis. Tetapi jika mereka menggunakannya 
untuk menguatkan hujah mereka, maka ia tidak dilarang bahkan ianya telah ada nilai kepercayaan kepada kebenaran al-Quran atau hadis. Seandainya petikan tersebut tersasar dari maksud sebenar, maka mereka yang memahami nas wajiblah membetulkannya.

Sebarang usaha untuk menghalang orang bukan Islam daripada mendekati sumber utama Islam (al-Quran atau hadis) akan menyebabkan mereka semakin jauh daripada memahami asas agama Islam – dan ini akan membantutkan perkembangan agama Islam. 
Kerana itu, Umno tidak perlu menunding jari kepada wakil rakyat PAS atau PKR kerana tindakan itu mengambarkan kejahilan mereka dalam memahami isu ini.

Untuk itu kita sebagai umat Islam hendaklah memandu golongan bukan Islam memahami dan mengkaji kebenaran Islam, semoga dengan kajian tersebut mereka terbuka hati untuk menerima Islam, InsyaAllah.

MENGAPA HALANG BUKAN ISLAM BELAJAR ISLAM?

13 Sya'ban 1432 H | 14 Julai 2011

KUALA TERENGGANU, 14 Julai: Tindakan seorang Adun BN di Selangor yang mempertikaikan tindakan salah seorang Adun DAP yang membaca hadis mengundang reaksi Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.

“Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily.


Tambahnya, mempelajari tentang Al-Quran dan al-Hadis merupakan suatu tuntutan yang bukan sahaja terpaksa digalas oleh seluruh umat Islam tetapi juga turut digalakkan ke atas orang yang bukan Islam. I
ni kerana Al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan untuk kesejahteraan sekalian manusia.


Berdasarkan laporan, Adun Umno itu dipetik berkata: 'Saya ingin bertanya kenapa beliau bercakap soal Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada Islam. Kami orang Islam pun tidak berani berhujah kerana takut terpesong daripada maksud hadis'.


“Bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam? 
Sekiranya ada kesilapan dalam kefahaman, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam membimbing dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang tidak ‘mesra’  yang akhirnya mereka lari daripada memahami ajaran Islam,” jelas Ustaz Harun yang juga Adun Manir.

Beliau menjelaskan, PAS bersikap ‘menerang dan bukannya menyerang’. 
Justeru, katanya Umno wajib sedar bahawa Al-Quran dan hadis adalah sumber hukum.

“Jika Umno benar-benar ikhlas cintakan al-Quran dan hadis, maka sokonglah agenda Islam yang dibawa oleh PAS,” katanya.

11 DOKTOR PAKAR SAHKAN HOSPITAL DISERANG

12 Sya'ban 1432 H | 13 Julai 2011

Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital, dan bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.

Dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.


Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang. 
Malah menurut mereka, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang. Tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.